cinta?

na tao? Cinta itu memang indah :) mesti korang tao dah kan. Tetapi ingat wahai stalker sekalian, cinta kepada Allah lebih berharga berbanding cintakan manusia. Cintailah Allah, imanmu, rasulmu, agamamu sebelum kamu menyintai manusia yang berakal fikiran. okay? hehe. memandai jep ecah kan? wee :D tapea2, untuk kebaikan korang jugak. takmoe lah terhanyut dalam percintaan ini.

Tak bersalah nak bercinta, tetapi jagalah diri baik2. Ecah sendiri pon dah terkena dan ecah takkan biarkan ecah dikenakan lagi. Seriously, cukuplah setakat ni je ecah dikenakan. Hope akan hadir someone, si Peria yang sudi memiliki ecah dengan seadanya yang akan menyayangi ecah setulus ikhlas hatinya dan mencintai ecah kerana Allah.

Cinta? cinta adalah satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Cinta dapat ditunjukkan melalui perasan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap.

Cinta jarak jauh? cinta jarak jauh adalah satu cabang utama kepada cinta. Hubungan jarak jauh ni mesti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. It means, dorang mesti berjanji akan tetap bersatu hati walaupon berjauhan. Ramai kot pasangan yang amalkan cinta jarak jauh ni disebabkan keadaan hidup dorang yang memerlukan komitmen dorang untuk laksanakan kerja dorang.

Lebih baik bercinta jarak jauh pada zaman sekarang kan? Dulu, takde kemudahan camni. Teknologi untuk communicate antara satu sama lain. susahkan hidup? mesti berlambak rindu yang dorang kena tanggung. haihhh -_- lao lah korang kan? sanggup ke bercinta jarak jauh? hm, kalao dah sayang apa jea sanggup kan? tol ta? okay jea kot cinta jarak jaoh ni, sweet jea :D even, beribu batu jauhnya.

Cinta menarik. Lao kita cintakan sumone, kita mesti akan sentiasa doakan dia walaupon dia tak ada kat sisi kita. Tuhan bagi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar n dua mata untuk melihat. Tp, kenapa Tuhan anugerahkan sekeping hati pada kita? Sebab Tuhan telah sediakan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Tu lah cinta sayangku sekalian :)

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal lao korang still nak mencuba. Jangan sesekali menyerah lao korang still rasa sanggup. Jangan sesekali katakan yang korang tak lagi cintakan dia, sebab pada sudut psikologi, korang still tak dapat lupakan dirinya. Cinta tu datang kat orang yang still ada harapan walaupun telah dikecewakan berkali-kali.

Jangan simpan kata-kata cinta kat orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia dan akhirnya korang terpaksa catatkan kata-kata cinta tu pada pusaranya. Ucapkan lah kata-kata cinta yang tersimpan di fikiranmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin jugak kan Tuhan inginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. So, kita mesti paham dan mengerti mcm mana na berterima kasih atas kurnia tersebut. Cinta dapat ubah pahit menjadi manis, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Memang sakit apabila mencintai seseorang yang tak cintakan kita.

Tapi...

Lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan korang tak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta korang tuh kat dia. Andai korang nak mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala korang cium harum mawar tu, tapi kadangkala juga korang terasa bisa duri mawar tu tusuk jari korang.

Hal yang paling sedih dalam hidup adalah ketika korang jumpa seseorang yang sangat bererti bagi korang, hanya untuk mengetahui bahawa pada akhirnya menjadi tak bererti dan kamu 'harus' membiarkannya pergi. Kadangkala korang kan tak hargai orang yang cintakan korang sepenuh hati, sampaikan korang hilang dia dalam satu masa.

Pada masa itu, takde gunanya lagi penyesalan korang tuh sebab perginya dia tanpa berkata lagi. Kecewanya dirinya dan hampa. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tak perlu diungkit lagi sekiranya korang benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, sebab cinta jugak dapat membuatkan orang yang sihat menjadi sakit, orang yang gemuk menjadi kurus, orang kaya menjadi miskin, orang ceria menjadi muram jika cintanya tu disambut oleh para pecinta PALSU. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa :)

Semua pandai menghayati cinta, tapi tak ade sorang pun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bole dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. Cinta mampu membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak jadi pemimpin.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang korang cintakan menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang korang inginkan. Jika tidak, korang hanya cintai pantulan diri sendiri yang korang temui didalam dirinya. Cintailah kekurangannya kerana kelak apabila korang mengetahui kelebihannya korang akan lebih mencintainya.

Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir :)